Saturday, July 14, 2012

Hilang, Kini Mencari

Aku hilang dan kini aku mencari. Aku mencari sesuatu yang tak pasti. Aku mencari seorang INSAN. Insan yang boleh memberi kebahagiaan dalam hidupku. Insan yang sentiasa berkongsi suka dan duka bersama ku. Insan yang tahan dan sabar dengan kerenah ku. Ya aku akui, aku seorang yang degil dan tidak suka mengalah. Namun kadangkala aku akan beralah demi perhubungan kami. Aku seorang yang mengada-ngada. Manja tidak kira tempat. Tapi aku juga seorang yang pemalu dengan orang sekeliling.

Adakah wujud insan tersebut. I need Mr. Right. Yang sentiasa percaya dengan aku. Kerana dalam perhubungan mesti wujud 3 perkara agar pecahan dari 3 perkara ini membentuk sesuatu yang positif. Antaranya, "KEPERCAYAAN, KEJUJURAN DAN KESETIAAN". Berpeganglah dengan 3 perkara ini. Insya ALLAH hubunganmu akan dilancar perjalanan. Amin.

Siapa MR. RIGHT? Sekarang umur ku sudah mencecah 26 tahun. Juz wait & see. Semoga ALLAH mengabulkan permintaanku ini. Amin.

0 Budak Hitam: