Thursday, May 5, 2011

Kecewa Dalam Persahabatan

Bukan takat PERCINTAAN je leh wat kt kecewa. PERSAHABATAN pun b0leh jugak tau. Huhu. Serius aku cakap. Kali nie aku benar2 terasa hati dengan seorang sahabat aku yang mengganggap aku seperti sampah. Aku benar2 kecewa. Kecewa, bila persahabatan yang terjalin bertahun2 lamanya menjadi hambar. Di mana silapnya. Di mana salahnya? Apa perasaan korang bila korang berada dalam situasi aku nie. Mesti korang rasa yang amat kecewa tp tak lah sampai dunia nie nak kiamatkan. Huhu.

Aku tahu sekarang nie aku menerima berpuluh2 ucapan tidak el0k yang keluar dari mulutnya. Malah mungkin jua aku meneria satu d0a yang aku akan mengalami masalah lebih ter0k dari dia alami dalam kehidupannya. Astarfirullah al-a'zim, ja0hnya pemikiran aku sehinggakan aku buruk sangka. Tapi biasanya itulah w0rd slalu keluar dari mulut dia apabila dia berasa tak puas hati. Dan aku rasa sudah sinonim dengan dia. Wallahualam.

Terkejut, TerSENTAP dan segala rasa ter. Walaupun aku tak memiliki kepandaian membaca buah fikiran orang, namun aku dapat rasa dari percakapan serta perbuatannya. Bak kata seorang hamba Allah nie. "Sesaat manusia boleh berubah walaupun dah kenal bertahun-tahun". Aku faham sesangat. "Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang" maksudnya pendirian yang tidak tetap dan setiasa berubah2. Manusia dilahirkan berbeza. Klu sama tidak lah wujud ragam manusia.
Kenapa perlu wujud persoalah rasa KEHILANGAN. Kenapa mesti rasa KEHILANGAN sekiranya SAHABAT yang benar2 sahabat sudah berada di depan mata. Apa tanggapan dia tentang nilai persahabatan. "SUSAH SENANG BERSAMA". Thats all. Bagi aku lah nilai persahabatan itu indah. Sangat indah. Bukan takat susah senang bersama. Malah tegur menegur demi kebaikan. Bukan menghina kawan sendiri. Bukan mengeji kawan sendiri. Serius aku cakap, kali di memang teramat terpukul aku rasa. Aku tak mintak balasan setiap apa yg aku buat tp bila KAWAN sendiri dh anggap kt nie tak berguna. Memang terasa terpukul sesangat bila KEBAIKAN selama ni tidak memberi apa2 nilai. Namun sedikit KEPAHITAN akan menghilangkan KEMANISAN dalam persahabatan. Kepahitan pun berpunca daripada nasihat seorang kawan kepada kawan. Kenapa?

Aku pernah terbaca kat bl0g mana entah. Tak brapa ingat, tapi korang mesti tahu kan ayat nie. Biasa digunakan jugak k0t bagi orang2 yang tengah hangat bercinta.

"Jangan tinggalkan orang yang kt sayang demi orang yang kt suka, cbb orang yang kt suka akan tinggalkan kt demi orang yang dia sayang. Sayangilah dengan apa yang kita ada. Dalam persahabatan juga hal-hal begini juga amat penting. Hidup tak perlulah terlalu sempurna sudah cukup memadai klu ada insan yang sentiasa mengingati kt. Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan. Persahabatan itu lebih agung dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan akan kekal abadi".

Aku tahu aku bukan seorang sahabat yang sempurna. Tapi aku IKHLAS dalam persahabatan yang di bina. Tak pernah sedetik mahupun sesaat aku berubah. Kadangkala perubahan dari kt sendiri bukan orang yang kt cakap berubah. Antara sedar dan tak sedar je. Kan kan kan. Aku tahu, orang akan cakap. "WEI, TAK RUGILAH AKU KLU TAK ADA KAWAN MACAM KO. BANYAK LAGI ORANG NAK KAWAN NGN AKU". Selalunya orang akan cakap camtu kan klu org tak pernah menilai diri sendiri. Nilai diri sendiri dulu. Sebab memang ada bet0lnya. Kawan memang b0leh di cari. Tapi nak cari kawan yang bet0l2 kawan yang sentiasa bersama kt dalam susah dan senang. Susah dan bukan senang. Mudah ke kt nak cari kawan yang sentiasa mendengar keluahan kt. Sentiasa menaik semangat kt. Sentiasa menyokong kt dalam kebaikan. Setiasa menugur kt ketika kt hanyut dan buat salah. Susah, memang susah. Sebab KESERASIAN perlu ada dalam PERSAHABATAN.

Aku memang sedih sekarang nie. Aku memang rasa benar2 kecewa. Tak sangka sangat2 aku. Nasihat yg aku bagi rupanya di pandang sinis dan menjadi bahan percakapan. Totally feel hurt. Kecewa sesangat. Rasa kecewa nya tak sama dengan rasa kecewa bila break ngn kekasih. Kecewanya susah nak di bayangkan. Sebel0m aku bertambah sedih n terasa lebih2 baik aku undur diri. Semoga segala urusan di permudahkannya. AMIN.

4 Budak Hitam:

Ija AppLe :) said...

menyampah ngan org camtu..
mmg tak boleh wat kawan kot.
chill la :)

Nur Adiratna said...

Ija Apple :

Nak wat camner...
But bersyukurlah...
Dia thu dia salah...
Dan mintak maap..
But d0nno, ikhlas or x..
huhu...

kucing said...

asam garam kehidupan..
kadang2 masam, kadang2 masin....
erkk..betoi ka???

Nur Adiratna said...

kucing :

Bet0oii...
huhuhu