Tuesday, May 31, 2011

Bila Hati Berbicara

Sunyi sungguh hari ini. Aku kurang mengeluarkan kata2 hari ini. Cuma lebih banyak mendiamkan diri. Cuma menjawab pertanyaan orang satu per satu. Aku keliru. Perasaan ini bercampur-campur. Semacam ada tak kena. Sehinggakan aku bertanya pada diri aku sendiri. Apa tujuan aku dilahirkan di dunia ini. Aku rasakan aku tidak memberi apa2 makna p0n pada smua orang.

Kenapa aku slalu rasa seperti tiada sapa ingin memperdulikan aku. Sehinggakan tiada sekalipun aku tenang dalam menjalani kehidupan ku seharian. Ku rasakan aku seperti manusia yang hidup tak tidak di dpt di lihat oleh orang lain. Senang kata, invisible women. Hahaha.

Pernah tak korang terpk korang gagal dalam hidup. Gagal dalam percintaan. Gagal dalam bermasyarakatan. Gagal dalam persahabatan. Aku sendiri susah untuk menyatakan apa yang aku rasa. Andailah aku b0leh mati dan di hidupkan semula waktu ini. Ingin benar ku rasakan. Aku tak nak mengulangi kehidupan seperti ini. Aku ingin segala impian aku tercapai. Tapi aku lupa satu perkara. Tidak smua orang bernasib baik. Dan tak smua orang tidak bernasib baik. Nasib di tentukan diri sendiri. Takdir b0leh di ubah dengan bersujud kepada ILLAHI. Tapi seja0h mana kt mengingati nya. Sungguh kejam aku dengan diri sendiri. Kecewa pun ada.

Kecewa. Ya aku kecewa sebab aku lambat dalam tindakan aku. Aku gagal menjadi seorang yang terbaik dalam perhubungan aku. Aku gagal segala2 nya. Betol ke aku gagal. Itu persoalan dalam minda ini. Kekurangan aku mencerminkan diri aku. Betol ke? Memang aku susah ingin berbicara. Kerana bila hati dh berbicara. Lidah kelu berkata2. Hanya coretan menjadi hidangan. Aku seperti hilang kehidupan aku. Hati juga menghancurkan segala2nya. IKUT HATI MATI, IKUT RASA BINASA. So, utk selamat. GUNALAH AKAL UNTUK BERFIKIR. Huhu. Wassalam.

0 Budak Hitam: