Tuesday, May 10, 2011

Andai Esok Hari Terakhirku

Aku termenung seketika lalu sejenak terfikir di minda. Andai esok hari terakhirku. Hati ku sayu dan merintih. Mengapa esok, kenapa tidak menunggu saat aku sudah bersedia. Kenapa perlu es0k. Lalu aku menangis, aku terus ke jendela. Aku mendongak ke langit. Ya ALLAH, betapa agungNya ciptaanMU ya ALLAH. Aku bersyukur, aku masih lagi di beri peluang utk melihat keindahan Ciptaan Illahi.

Aku tidak mengerti, kenapa perasaan ini hadir. Kenapa perasaan ini terlintas di fikiranku. Kenapa ia terus menghantui diriku. Adakah aku benar-benar sudah ja0h dariMu ya ALLAH. Lantas airmata ku tidak bisa ku tahan lagi. Ia terus mengalir dan mengalir seperti air terjun yang tak pernah behenti mengalir. Aku terasa ingin menjerit dan mera0ng. Kenapa? Kenapa persoalan itu sentiasa di fikiran ku.

Lalu aku menarik nafas sedalam2nya untuk memberhentikan airmataku dari terus mengalir. Akhirnya dapatku kawal perasaan ini. Aku lantas bertanya pada diri sendiri. Apa yang aku ingin lakukan seandainya esok hari terakhir aku di muka bumi ini. Jawab ku kepada diriku, dalam dunia ini banyak benda yang aku ingini dan bel0m aku kecapi. Lantas ku berkata lagi. Aku hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Walaupun esok hari terakhir ku. Aku ingin menunaikannya walau hanya seketika.

.PADAMU KU BERSUJUD.

Di sini, aku terus berd0a. Semoga es0k bukan hari terakhirku. Insya ALLAH. Amin.

2 Budak Hitam:

Idah said...

Hargai apa yang kita ada kini~~~~~ kerana hidup kita cuma sebentar cuma...adusssss.

Nur Adiratna said...

Idah :

Insya ALLAH...
:-)