Friday, December 17, 2010

Kekambohan

Ngenak na juak bunyi ya eh...Kekamb0han...Sek0h juak i t0k...Lemah sa nyawa i eh...Bukan lemah tegal apa...Tegal i men badmint0n..Fuh, ada gik men badmint0n..Lamak juak dh i sik main...Bukan i sik m0k men..Sik da 0wank ngn i men badmint0n..Hehe..S0, baruk jak tek adik i b0k dtg dari pusak..Nya mbak i men badmint0n...Hehehe..Nya jak rajin ngn i men...Mun nak harap adik mpuan i ya..Haram la nya m0k ek0t..Hehehe...kamb0h juak...Hehehe..Bukan apa main badmint0n t0k adalah salah satu senaman..Mun rasa malas m0k j0gging or wat ever la...Main badmint0n paling senang dan mudah...M0k tauk apa kelebihan senaman untuk diri kita...hehehhehe..Ada tips ckit untuk senaman..Aku pun 0leyh t0k dari search internet...

SENAMAN
Selain daripada mengamalkan diet seimbang, senaman juga dapat membantu mengurangkan stres. Senaman amat penting dalam kehidupan seharian kerana ia dapat menyihatkan badan. Senaman merupakan sebarang aktiviti fizikal yang dijalankan secara berterusan untuk beberapa waktu dan dapat meningkatkan denyutan nadi.
KEBAIKAN SENAMAN
i. Memberikan lebih tenaga
ii. Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit
iii. Memperbaiki sistem pernafasan dan jantung.
iv. Memperkukuhkan keyakinan diri
Mengatur cara tidur yang betul
i. Meningkatkan daya konsentrasi atau perhatian yang lebih baik.
ii. Meningkatkan kekuatan dan stamina
iii. Menjadikan seseorang berfikiran positif dan mengamalkan cara hidup sihat.
PANDUAN SEBELUM MELAKUKAN SENAMAN
Memanaskan badan (5 minit)
Pemanasan otot merupakan latihan atau regangan agar badan lebih bertenaga di samping dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa melakukan senaman.
Senaman aerobik (20-30 minit)
Menggerakkan keseluruhan badan dalam jangka masa yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya dilakukan 3 atau 4 kali seminggu untuk mengekalkan kesihatan. Aktiviti yang selalu dilakukan termasuk berjalan pantas, jogging, menunggang basikal, tali skipping, berenang, bola keranjang dan aktiviti turun naik tangga.
Merehatkan diri / Menyejukkan badan (5 minit)
Lebih kurang sama dengan memanaskan badan. Dapat menurunkan tahap aktiviti dan membantu mengelakkan kecederaan dan kesakitan badan setelah melakukan senaman aerobik.
ZON SENAMAN
· Mengawasi kadar denyut nadi untuk senaman selamat dan berkesan.
· Kadar nadi yang perlu dicapai ketika bersenam ialah 60%-85% daripada kadar maksimum nadi. Contoh:
Umur 24 tahun. Kadar maksimum nadi 200 - 24 = 176 denyut nadi. Kadar nadi yang perlu dicapai ialah di antara
105% - 150%.
· Capai kadar nadi yang perlu dicapai secara perlahan-lahan.
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MELAKUKAN SENAMAN.
1. Berjumpa dengan doktor untuk menentukan tahap kesihatan jika anda:
· berumur lebih daripada 35 tahun (lelaki) atau lebih dari 40 tahun (perempuan dan tidak pernah melakukan senaman.
· Kesihatan yang tidak menentu.
· menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit hati atau lebih daripada satu faktor berisiko penyakit hati.
2. Jangan bersenam apabila anda sakit atau tak sihat.
3. Pilih senaman yang mudah mengikut kemampuan.
4. Jangan bersenam dalam masa dua jam selepas makan.
5. Pakailah pakaian yang sesuai dan selesa dengan senaman yang hendak dilakukan.
6. Bersenam dengan betul. Jangan lupa, ambil masa untuk memanaskan badan sebelum bersenam dan rehatkan diri selepas bersenam.
UNTUK SENAMAN YANG BERKESAN, PASTIKAN ANDA:
· bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.
· bersenam pada sasaran kadar nadi antara 20 hingga 30 minit tanpa gangguan.
· Buatlah senaman aerobik seperti berjalan pantas, jogging, berenang, menaiki basikal, senaman aerobik dan melakukan aktiviti naik dan turun tangga.
Anda boleh melakukan senaman mudah seperti berikut dalam kehidupan anda seharian. Melakukan senaman mudah ini secara konsisten bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan anda tetapi juga membantu anda membebaskan diri dari stres yang anda alami.

Untuk kebaikan bersama dan rasa nya benda t0k adalah satu kebaikan...J0mlah ktk exercise...chewah...Badan sihat jiwa cergas...

0 Budak Hitam: