Monday, May 24, 2010

Konsep Kekeluargaan Dalam Islam

Bila di tanyak s0alan bertalu2 pasal agama. Aku jawab melalui pengetahuan dan fakta. Sama ada fakta yang bet0l atau auta semata2. WALLAHUALAM. Tp, apa yg penting aku jawab melalui pembacaan aku. Tiada sangkut paut memandai2 atau men0kok tambahnya. Sit0wk aku m0wk share sigek benda. Sebelum kt mengenal k0nsep Kekeluargaan dalam ISLAM. Kita mesti tauk apa maksud sebenar ISLAM.
APA ITU ISLAM?
"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya."
Islam tidak terbatas kepada Rukun Islam dan ibadah rutin sahaja sepertimana yang difahami oleh sebilangan manusia. Ia sebenarnya lebih luas. Di dalamnya terkandung ilmu akidah, konsep kehidupan di dunia dan akhirat, syariat, syiar, akhlak dan pelbagai lagi bidang ilmu yang berkaitan dengan kehidupan individu.
Konsep kekeluargaan dalam ISLAM.
Intipati:
Keluarga adalah unit asas masyarakat dan Ummah. Allah SWT menetapkan Undang-undang urusan kekeluargaan yang disebut sebagai MUNAKAHAT. Keluarga berperanan membentuk generasi Muslimin Muslimat mengikut garispanduan al-Quran. Peribadi individu lelaki dan wanita yang soleh dan Mukmin, taat pada Allah SWT, beramal Islami, mematuhi Syariat Islam, berjihad dan berdakwah.
Pembentukan keluarga penting untuk:
1. Mengekalkan kesinambungan generasi manusia (Insaan).
2. Memelihara Akhlaq, tata susila dan kemuliaan (Morality, ethics, and honor) melalui perkahwinan.
3. Mencapai Kebahagiaan, ketenteraman, kebaikan, kasih sayang dan hormat menghormati sesama manusia, kepuasan rohani dan jasmani.
4. Membentuk Ummah yang kuat dan mantap - bermula daripada individu yang kuat dibentuk oleh ibu-bapa.
5. Menyuburkan semangat pengorbanan, tolong-menolong (Taawun), kerjasama dan perpaduan dalam jiwa setiap ahli keluarga.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

HAK ISTERI
1. Memperolehi nafqah zahir dan batin daripada suami.
2. Memperolehi pakaian dan tempat tinggal (rumah) yang munasabah daripada suami.
3. Memperolehi jaminan kententeraman, keselamatan, kemuliaan, kebajikan, dan kesihatan daripada suami.
4. Memperolehi nasihat, pengajaran dan bimbingan yang baik daripada suami.
5. Suami wajib merahsiakan kecacatan isteri daripada orang lain.
6. Suami wajar mengasihi keluarga isteri.

HAK SUAMI
1. Kepimpinan dalam rumahtangga.
2. Isteri wajib memberi ketaatan dan kesetiaan kepada suami selagi tidak bertentangan ajaran Islam.
3. Isteri juga wajib merahsiakan kecacatan suami daripada orang lain.
4. Layanan yang munasabah dan Kasih Sayang, zahir dan batin daripada isteri.
5. Isteri mesti menjaga maruah dan akhlaq dirinya samada di depan suami atau sepeninggalan suami.
6. Meminta keizinan suami sebelum keluar rumah.

HAK BERSAMA
1. Suami dan isteri sama-sama berhak menikmati kemanisan, kenikmatan dan kebahagiaan hidup berumahtangga.
2. Suami dan isteri sama-sama bertanggungjawab mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhwah, dan kemesraan dengan keluarga kedua belah pihak.
(Jika keluarga itu bukan beragama Islam - bergaul dengan baik dengan keluarga pasangan secara tidak langsung juga berdakwah dan menarik mereka kepada Islam. Boleh meraikan upacara yang tidak melibatkan aqidah atau agama kaffir, contohnya Tahun Baru Cina)
3. Harta suami-isteri boleh diwarisi oleh pasangan yang hidup setelah berlaku kematian.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA
1. Memahami Islam dan mendalami Fardhu Ain - Rukun Iman, Rukun Islam, Ibadah yang wajib -Solat, Zakat, Puasa dan seterusnya.
2. Selalu berbincang dalam segala hal untuk kebaikan bersama.
3. Tolong menolong dalam hal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.
4. Bersikap jujur dan menetapi janji.
5. Saling memaafkan jika berlaku kesilapan dan menasihati.
6. Digalakkan solat berjemaah. Lelaki diberatkan solat jemaah di masjid bersama ahli kariah setiap waktu solatDigalakkan melakukan solat Tahajjud dan Qiamullail bersama di rumah.
7. Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha untuk mencapai kebahagiaan.
8. Membuat perancangan dan strategi yang bijaksana dan amalan yang bermanfaat dalam pengurusan rumahtangga dan ekonomi (kewangan), pemakanan, pekerjaan dan kerjaya, rekreasi dan riadah, keilmuan dan amalan, zuriat dan kehamilan, kelahiran dan menguruskan diri dan anak-anak.
9. Makanan dan minuman yang halal, suci dan berzat, bermutu dan berkhasiat untuk kesihatan diri dan pembesaran fizikal dan mental, dan mencegah penyakit.
10. Suami membantu isteri menguruskan diri semasa mengandung, kelahiran, dan penjagaan bayi. - makanan, pakaian, kesihatan, dan kesejahteraan psikologi dan mental.
11. Lelaki (suami) tidaklah patut asyik dengan hobi atau kegiatan yang kurang bermanfaat tetapi melalaikan dan berisiko dan merbahaya contohnya kerap pergi memancing, menonton bolasepak, mendaki gunung, berlumba, hobi yang membazirkan duit, melepak; isteri patut menegah suami daripada melakukan maksiat dan kemungkaran, dan pembaziran wang.
12. Suami isteri patut merancang untuk berjimat-cermat, atau meningkatkan pendapatan dengan melakukan perniagaan yang halal atau kerja tambahan - supaya cukup nafqah, rumahtangga selesa dan cukup makan-minum yang halal dan berzat, menghadapi masalah dan situasi kecemasan (contohnya banjir, sakit, dan kemalangan), dan mampu mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan jika mengidap penyakit atau berlaku kecederaan.
13. Jika hanya suami yang memperolehi pendapatan, dan mampu membiayai rumahtangga, isteri digalakkan menjadi suri rumah sepenuh masa, dan suami patut memberi keizinan dan dorongan kepada isteri supaya melakukan aktiviti kewanitaan dan hal-ehwal wanita yang bermanfaat dari rumah atau lokasi berhampiran, contohnya ikhtisas dan persatuan wanita, pendidikan dan asuhan kanak-kanak, program latihan dan bimbingan gadis dan wanita.
14. Dilarang melakukan `Perancang Keluarga' dengan menggunakan pil kimia dan alat yang boleh menyebabkan bahaya dan penyakit, atau yang mengganggu sistem zuriat ibu dan bapa (seperti memotong pangkal rahim atau saluran mani zakar lelaki). Dilarang membunuh bayi dalam kandungan tanpa sebab munasabah yakni menggugurkan kandungan tanpa sebab yang dibenarkan oleh Islam.
14. Zionis dan korporat Yahudi dengan berselindung di sebalik United Nations - menjalankan agenda `Population Control' untuk menyekat kelahiran anak-anak bangsa Negara Dunia Ketiga dan populasi orang Islam. Korporat farmaseutikal (seperti Roche, Eli Lilly, Wyeth, Bayer, BASF) meraih keuntungan berbillion dollar dengan mencipta pil dan alat penyekat kehamilan dan menggugurkan kandungan. Dalam masa yang sama, mereka juga mencipta ubat-ubatan yang boleh membunuh ibu dan bayi dan kanak-kanak, atau menyebabkan kecacatan bayi dan manusia - ubatan ini dipromosikan sebagai ubat penahan sakit, antibiotik, anti hipertensi dan sebagainya, tetapi kesan negatif ubatan ini menjejaskan ibu dan bayi. Korporat makanan (seperti Nestle dan pembuat susu formula) juga mencipta makanan dan susu bayi yang diragui dan pernah Nestle didakwa memburuk-burukkan susu ibu.

0 Budak Hitam: