Saturday, July 14, 2012

Hilang, Kini Mencari

Aku hilang dan kini aku mencari. Aku mencari sesuatu yang tak pasti. Aku mencari seorang INSAN. Insan yang boleh memberi kebahagiaan dalam hidupku. Insan yang sentiasa berkongsi suka dan duka bersama ku. Insan yang tahan dan sabar dengan kerenah ku. Ya aku akui, aku seorang yang degil dan tidak suka mengalah. Namun kadangkala aku akan beralah demi perhubungan kami. Aku seorang yang mengada-ngada. Manja tidak kira tempat. Tapi aku juga seorang yang pemalu dengan orang sekeliling.

Adakah wujud insan tersebut. I need Mr. Right. Yang sentiasa percaya dengan aku. Kerana dalam perhubungan mesti wujud 3 perkara agar pecahan dari 3 perkara ini membentuk sesuatu yang positif. Antaranya, "KEPERCAYAAN, KEJUJURAN DAN KESETIAAN". Berpeganglah dengan 3 perkara ini. Insya ALLAH hubunganmu akan dilancar perjalanan. Amin.

Siapa MR. RIGHT? Sekarang umur ku sudah mencecah 26 tahun. Juz wait & see. Semoga ALLAH mengabulkan permintaanku ini. Amin.

Saturday, July 7, 2012

Teman Berbicara

Aku tgh prepare barang utk interview ISNIN nanti. Aku langsung tak blaja lagi. Aku pun tak thu kenapa aku malas masa nie. Banyak je masalah yang dtg. Aku ingin teman berbicara. Yang slalu ada untuk aku dalam susah dan senang. Aku ingin teman yang sentiasa menghargai aku setiap masa. Kerana aku akan lebih menghargai seseorang sekiranya orang menghargai aku.

Aku cuma insan biasa. Yang tak pernah lari dari buat salah. Aku pun tak tahu. Kekeliruan bertambah2. Aku kah yang bermasalah. Aku sendiri tak tahu dan tak pasti. Semalam aku mencari dan terus mencari. Tapi aku tak temui jawapan yang pasti. Aku ingin jawapan yang pasti. Aku tak nak dikecewakan atau kecewa lagi. Aku semakin kosong. KOSONG. KOSONG. KOSONG. Mengadu masalah ngn BLOG nie pun tak da hasil. Takda sapa yang dpt membantu, melainkan diri sendiri dan meminta bantuan dari ILLAHI.

Apa2 pun kawan2. Doakan kejayaan aku dalam interbiu ISNIN nie. Amin.

Wednesday, July 4, 2012

Rindu Nak Berblogging

Hye all. Lama yang teramat lama aku menyepi. Setengah tahun gak la kan. Erm, skrg aku bz ngn kerja aku. Biasalah. Klu dulu setiap masa ada masa nak update. Sekarang susah pulak. Tambahan pulak line tempat aku nie macam apa ntah. Malas nak cakap. Klu aku cakap nanti dikatakan menghina tempat orang. Lebih baik diam je.

Sepanjang tahun 2012 nie, sampai la sekarang. Macam2 crita & macam2 hal jadi kat aku. Contoh nya, hal CINTA. Malas nak story cbb tu kita punya P&C. Private & Confidential. Hahhahaha. Wat ever. Then, yang aku nak story nie pasal KETIDAKPUASAN HATI. Pasal apa. Mestilah pasal kerja. Haha. Aku bukan nak merungut / bukan nak kecoh. Tp aku rasa macam orang nak amek kesempatan dan dalam pada masa yg sama, unfair for me. 

Baru2 nie. kira 2 bulan yang lepas. Accountant tempat aku kerja nie resign. Takda handover smua kerja. So, korang nak tahu tak. Sapa yang jadi mangsa buat kerja minah nie. Aku wei. 2 bulan dh aku buat kerja Account tp habok pun aku takde. Apatah lagi saguhati atau allowance suruh aku wat kerja orang lain. Haram. Sakit hati terkawal. Jom ketahui seterusnya. Pasal Kenaikan Gaji dan Bonus Tahunan. Crying inside. Ah stress. 

Masa aku buat gaji bulan May, aku d kasi name list oleh ADMIN EXECUTIVE & he said, please make the adjustment their salary coz this month got increment for them. Ok, aku adjust separuh mati cbb salary + overtime terus. Kebetulan increment start 01 May. So terpaksa kira. Dh la sistem UBS 9.4 tu terlampau manual. Ah ada ku kesah. Hahaha. dan masalah nya juga, bila opening & closing date is different month. Memang sial tahap babun la. Bila terpaksa kira overtime pakai basic lama & basic baru. Aku boleh sabar bila nama aku takda dalam list. Then aku tengok ada lah seorang hamba nie yang masuk lewat dari aku ada increment. Memang terkejut tahap babun la. Dgn workers pun ada kenaikan even lambat masuk dari aku. Aku sabar. Dan hati ku berkata. Sabar NUR. Takda rezeki. Tggu bonus bulan 6 la. Bila bulan nie aku masih rajin seperti biasa. Aku buat checkroll / payroll / summary overtime / checking punch card & key in dalam sistem untuk dihantar ke HQ. Korang tahu tak. Jeng jeng jeng. Aku call HQ, tya ada bonus ka bulan ini. She said, ada & jgn print dlu payslip. Ok aku menerima arahan. Dalam hati ku berkata. Klu ada BONUS bulan nie memang rezeki aku. Bila aku check gaji. Astarfirullah Al azim. Siyezli, Aku tak da BONUS. So tak da rezeki la aku. Then, HQ call. Nur i have email to u the payslip. Pliz print n checking the amount. Aku orait. Aku check & Print. Korang tahu tak. OMG, orang yang aku pk yang ada kenaikan gaji yang lewat dari aku takda bonus. Korang tahu tak. Ada. 2 Bulan lagi tu. berderai hati aku. Tahan rasa sakit hati. Aku punyalah bengang. Korang bayangkan je. Aku buat kerja orang lain, saguhati pun takde. Memang tak sangka aku. Nampak sangat la nak amek kesempatan. Ok sabar. Aku tak puas hati terus aku email hr department. Ask them bout the BONUS. Melalui penelitian aku, orang yang ada penilaian performance last year dari ADMIN SECTION je yang takda increment & bonus. Unfair sesangat aku rasa. Macam SIAL siot. Wei, apa salah ADMIN. Klu takda admin, takda management la. Ah stress. Kejam. Buat sakit hati bila igt balik. Kecewa dan sekarang korang tahu tak, aku langsung tak buat report. Kerana terlampau kecewa. Kecewa sesangat. Dah tukar topic.

Kali nie aku nak crita pasal hepi2 lak. Even sakit hati masih. Pasal sum1. Aku dh kenal lama budak nie. Haha. Lama la sangat konon nya. takde la lama sangat. Haha. Lama la jugak dan aku merupakan secret admire dia. Walaupun tak pernah betegur. Suka tengok muka dia. Haha. Nak di jadikan critalahkan. Haha, tak sangka. Mungkin jalan crita dh di tentukan ALLAH, kita cuma merancang la lepas nie. Semuanya atas kehendak NYA. Aku bekenalan dengan dia end of April. Masa tu, kawan aku dan kawan di berkenalan. Then that day, kawan aku cakap. Nur, kawan budak nie mintak no phone ko. Aku diam je. Aku takda ckp apa2 pun. Dia terus kasi kat budak tu. Hari tu juga kami orang jumpa rupa2 nya orang yang aku minat selama ini. Haha tak sangka. Huhu. Aku tak banyak bunyi. Macam biasa. Aku sentiasa diam dan tak mudah nak bercakap ngn orang yg aku tak kenal. Malas. Kebetulan lepak kat sebelah ktorang mmber seangkatan ngn diaorang. Adalah member aku terselit d ctu. Then, bercakap, bercakap dan terus bercakap aku dgn kawan aku tanpa menghiraukan diaorang. Lepas tu, kteorang chow. Keesokan hari, ktorang berdua bermsg bcalling dan seterusnya dan mengenali antara satu sama lain. Mr. P (persona) menjadi saksi. Hahaha. Ngekz. Hubungan kami masih baik dan takde masalah pun sampai ke hari ini. Tp korang jangan salah sangka. Bukan sebagai pasangan kekasih k. Sebagai SAHABAT atau senang crita TEMAN TAPI MESRA. Lagipun aku taknak jadi orang ketiga. Korang nak tgk rupa nya. Hahhaha.

.Aku Tertipu.

Jeng jeng jeng. Inilah dia manusia itu. Haha. Sori korang. Identiti dirahsiakan kerana sangat bahaya. Haha. Apa2 pun Aku berdoa hubungan baik antara aku dan dia akan terus kekal tanpa sebarang masalah. AMIN. Nak tahu perkembangan seterusnya. Ketahui jalan critanya di TV3. Haha. Insya ALLAH aku akan update untuk bacaan hari2 boring korang. Tp bukan pasal we all. Pasal kt. Hahaha. Bye korang. Tq for reading. Muah2.